hyee !! pagi ni saja aku dapat byk erti cinta ... hmm ,, mungkinkah manusia boleh hidup setia dengan satu pasangan saja sampai akhir hidupnya ? sekarang yang aku tau ,, kesetiaan tak boleh dirancang
sama seperti cinta , sama seperti hidup ... kalau dirancang nampaknya tak jadi lah ,, hee :D .. kita semua pernah merasakan mengkhianati dan dikhianati ,, setia dan tidak setia ,, kita semua pernah merasakan cinta yang membawa kita ke tempat yang tertinggi ,, kita lalu merasakan terjatuh kerana kesilapan kita sendiri ,, kita tidak mati ,, tapi lukanya membuat kita tidak boleh berjalan seperti dulu lagi ,, sebelum ni ,, ini lahh yang aku rasa .. aku rasa cinta aku dengan matnor sangat tinggi ,, setinggi gunung ,, dan aku rasa akulah orang yang paling bahagia ,, akhirnya aku terjatuh ,, seperti aku terjatuh ke dalam tanah yang paling bawah dan paling dalam sekali .. masa tue aku seperti orang yang hilang arah tuju ,, makan tak ,, tidur pun tak cukup ,, menangis .. hmm ,, disebabkan perubahan yang terok ,, abah pun nampak ,, dia kata aku makin kurus ,, muka tak ceria ,, huuhh !! tapi sekarang aku dah bangun semula dengan semangat yang baru ,, yaa !! aku mengaku yang aku still sayang dekat matnor ,, tapi
aku perlu lupakan dea ,, walaupun susah ,, sebab sekarang aku dah ada daniel ,,, hmm ,, aku tak boleh salahkan matnor sebab bukan salah dea pun ,, memang ramai yang kata lelaki ni tak boleh dipercayai , playboy , gatai miang ,, tapi bila difikirkan balik ,, kalau si perempuan pun tak gatai p layan laki ,, laki takkan jadi playboy ,, takkan ada banyak perempuan ,, aku cakap melalui pengalaman ,, aku dah tau matnor dah ada girlfriend tapi aku melayan jugak ,, akhirnya aku sendiri yang menyesal .. sedangkan matnor ,, relax jaa macam tak dak perasaan ,, hee :)
alhamdulillah sekarang ni aku makin hari makin berubah ,, sejak2 aku kawan dengan daniel ,, aku dah mula sembahyang ,, pada awalnya aku sembahyang sebab ikut cakap daniel ,, tapi sekarang aku sembahyang kerana allah ,, insyallah aku akan cuba kekalkan dan aku cuba mendekati tuhan semampu aku sampai bila2 ,, walaupun ,, kalaulah aku ditakdirkan tak dak jodoh dengan daniel ,, aku akan cuba kekalkan jugak .. insyallah ,, apa2 pun cinta yang terbaik untuk kita adalah cinta kita kepada allah ,, selepas itu baru lahh cinta kepada manusia ..
No comments:
Post a Comment